kawan

dari waktu ke waktu
 
dari hari ke hari 

yang aku itu sebenarnya semakin di lupakan

tetapi aku tetap menanti

katanya kita kawan

mana pergi hubungan kawan itu

mana pergi

kau sengaja hilangkan diri

atau

kau takmahu ambil peduli lagi

yang aku di sini masih ter tanya tanya

aku diam bukan kerna aku mahu

tapi kerna kamu yang diam kan diri

diam nya seperti diam yang tiada apa

diam nya seperti tak pernah kenal

diam nya seperti tak pernah ambil peduli

diam nya seperti takpernah ada rasa

yang aku di sini masih ter tanya tanya

diam aku masih aku peduli

diam aku masih aku ingin mengerti 

diam aku masih ada rasa kawan itu

diam aku masih ada rasa rindu itu

kerana kau kawan ku

mahu di ungkit memori lama rasa perit sekali

mahu di ungkit memori bahagia terasa pahit

mahu di ungkit momen momen tawa sedih suka duka dada ku terasa di tusuk

mahu di ungkit momen momen kita bersama, itu mustahil bagi aku

kerna kau kawan ku,  jadi aku masih peduli

harap kau mengerti wahai kawan.